Kisah Luka Terperit Lagi Bahagian II

22:24:00

Lelaki itu kembali merenung jendela yang terpasang tirai hijau di biliknya . Dan selepas beberapa ketika , lelaki itu menutup matanya buat beberapa ketika .
Dilepaskan rembesan cecair yang dikatakan tangisan itu , meleleh di pipi . Sehinggalah , lelaki itu sudah tidak bermaya lagi . Dia terus menekup sedunya , dengan sejadah .Tertidur lelaki itu disitu sehingga tiba masanya dia berjumpa Sang Penciptanya lagi .

Dia berjumpa Nya untuk kesekian kalinya , merintih atas ujian yang diberikan kepadanya . Dia merintih dan terus merintih atas segala kekesalan dan kesalahan lalu yang telah dilakukanya . Dia tersimpang dari amanah mama , ajakan abah , sokongan kakak semasa Julai 2010. Perjanjian antara mereka semua . Terus terpisah tatkala berjauhan dari mereka.
Apa ini balasan berat yang dilakukan nya bersama dahulu akibat memungkiri janji , menjadi derhaka kepada mereka sehingga dia terjatuh jauh ke dasar tanah ?

Benar frasa yang dibacanya , perempuan itu hanya merencanakan dia sebagai seorang yang boleh diperguna , ditipu , dicanai kan perasaanya agar tunduk terus tanpa mengetahui apa rencana sebenar lelaki tersebu t , yakni menikahinya .
Tetapi kerana Allah , kerana penciptanya masih mahu dia Kembali ke Jalan Nya .
Ya , lelaki itu sering tersilap langkah . Tersilap ketika mahu menjadikan seseorang isteri tanpa mengetahui apakah itu cinta sebenar .Lelaki itu pernah terpijak duri , dahulu .
Dahulu , terpijak dengan onak yang sangat tajam asahan durinya .
Lelaki itu terlupa untuk berdoa , n\berjumpa ketika dia senang lenang menikmati dunia . Tanpa sedar , ia hanyalah ujian dan relaiti yang cuma wujud sementara sahaja .
Dunia memerlukan wang ! Perempuan memandang wang !
Bukan cinta !
Itulah hakikat yang diterima nya sekarang .
Walau ramai yang datang cuma menghadiri hati , namun cintanya tetap disitu .
Di pandangan sebuah sepatu buruk nya , dia teringat kisah lalu .


To Be Continued : Part III

P/S : kalau betul seorang lelaki mencintai seorang wanita kerana Allah , bawa lah dia berjumpa dengan orang tua yakni walinya .



You Might Also Like

0 Komen