Sunday, 4 November 2012

Kisah Luka Terperit Lagi Bahagian III

Kembalinya dia merenung masa depan yang kian malap , kian kehilangan cengkamnya ke arah ilmu yang dipelajarinya . Semuanya kelihatan tidak masuk akal ! Tidak dapat difahami satu patah erti pun segala yang dibukukan di dalam naskhah ilmu yang berada di depan matanya. Entah kenapa , semuanya kelihatan mustahil sekarang . Ke mana pergi semua ilmu yang dikunci dari semester 1 ?

Tertepuk kepala ke dinding kah ? Tersampuk dek hantu ? Tersumpah , terbuang merata rata kah ? Mustahil!
Bodoh kiranya mengenang kisah lalu sehingga begini jadinya.
Buku disepahkan , kelas diratakan , ilmu ?
Harapan ibubapa yang tidak terfikirkan dulu
Kini , nasik sudah hampir menjadi bubur , lelaki itu cuba sedaya upaya menjadikan nasi yang ditanak , beras yang diberikan ibu bapa , cuba sedaya upaya .
Baginya dahulu , lelaki itu bukan zul . Bukan
Emi , seorang manusia yang terlahir atas mama abah , pintaan rezeki mereka kepada Allah .
Lalu terlahir aku yang lahir sebagai harapan dunia dan akhirat mereka , lelaki itu terus mengenang nasibnya yang kian berlalu dengan kesusahan yang tidak pernah dijangka mahupun diundang itu.

Tambahan pilu , dan terus sedih melihat semua harapan itu punah hanya dalam masa , sekelip mata dipejam .
Terus dia melihat buku yang ditulis selama ini .

Jatuhan air mata yang deras membasahi kertas kertas nota dan jari jemari lelaki itu .
Jendela September melabuhkan tirai dengan hujan yang menyamai perasaan lelaki itu . Hujan terus turun tanda rahmat Allah kepada semua penduduk bumi . Dan lelaki itu memandang sepi di luar jendela nya .


Sambungan Bahagian IV

P/S : Jangan menipu orang yang mempercayai anda , dan jangan percaya orang yang pernah menipu anda atas dasar cinta .



Post a Comment