Sokongan terhadap lebih 1200 tahanan yang di tahan di Israel

14:02:00

Assalamualaikum wbt. Kepada semua sahabat blogger sekalian
Baru baru ini , ‘netizen’(komuniti pengguna dalam talian) yang prihatin dengan nasib mereka.

Ini kerana, ratusan ribu pengguna laman sosial, Facebook dan laman blog mikro, Twitter di seluruh dunia telah menukar gambar profil mereka sejak awal minggu ini sempena dengan Hari Tindakan Antarabangsa untuk Tahanan Palestin anjuran Kesatuan Perdagangan Bebas dan Persekutuan Am di Genting Gaza.
Ia bertujuan untuk menggesa media dalam talian bagi menyokong tahanan Palestin menerusi kempen elektronik, ‘Perpaduan antara Tahanan Palestin’.Gambar (di atas) yang berlatarbelakangkan warna coklat memaparkan tahanan lelaki dan wanita Palestin dengan mata tertutup itu didakwa sebagai simbol kepada ribuan orang Islam yang teraniaya di penjara Israel laknatullah.
Pelbagai halaman yang menyokong perjuangan tahanan Palestin turut diwujudkan dan mendapat reaksi positif pengguna.
Kempen dalam talian tersebut dimaklumkan akan diteruskan sehingga semua tahanan Palestin menamatkan mogok lapar.
Dalam perkembangan terbaru, dua tahanan Palestin dilaporkan masih tetap meneruskan mogok lapar walaupun Israel telah menandatangani perjanjian untuk memenuhi beberapa tuntutan hak asas termasuk menghentikan hukuman kurungan seorang diri (solitary confinement) yang diperjuangkan oleh mereka sebelum ini.



You Might Also Like

0 Komen