Cara Menambat Hati Isteri

16:25:00

Assalamualaikum semua readers , ehem ehem kali ni zul bawak satu kelainan lah dalam blog zul , iaitu bicara perkahwinan . Haa , dah tersengeh sengeh dah tu?
Berikut adalah Tips untuk Suami yang berguna , lagi lagi kepada abam reez yang nak kahwin ni:D

Kepada semua yang dah ada bini , ni adalah antara tips tips nya.


1. Berikan bunga atau hadiah istimewa. 
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.Setakat yang mampu , pemberian yang ikhlas InsyaAllah ada rahmatnya. 

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi yang masak dua minit tu) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.Jangan lupa jugak paling penting tiap kali lepas "ehem-ehem" sakit tekak lak tetiba , ucapkan terima kasih. Penting tau!

3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa) , tolong tengok tu , dah lain ceritanya.

4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini."I lebiu ke" " Sayang " cam dulu dulu sebut ke , even kita sebenarnya time tu dah lupa nama dia sebenarnya.

5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.

Credit : Ustaz Kazim Elias , maaf ler ustaz , tokok tambah sikit :D

You Might Also Like

0 Komen