Masalah Kita Sendiri

19:15:00

Sememangnya umum diketahui,kes pembuangan bayi akibat rosaknya akhlak dikalangan orang Melayu semakin meningkat,oghang muda kate"abortion" takpun "pedang berkaripap".Maap censored..Maaf yer?
Maap,maap,maap,maap.
  Bukan zul nak buat lawak tapi daripada korang buat terang-terang benderang then buang,aku suggest korang pegilah
nikah,perlu ke beli tali pinggang berkelender?

Aku kadang-kadang nak jugak paham and tahu sendiri lah,korang selalu ponteng kelas agama eaaa??
Kalau bukan sebab agama,didikan ibubapa atau tak cukup kasih sayang ke yang buat korang berubah angin?
Adakah ibu yang melahirkan yang membesarkan yang bagi kasih sayang,masak,pujuk abah korang bagi duit belanja lebih,abah korang yang penat lelah kerja balik cuba senyum untuk korang,yang selalu doakan korang berjaya dunia akhirat
tapi korang tak sedar,yang bagi motor,henfon,laptop,duit yuran sekolah?
Tapi tak,korang lebihkan mamat,takpun minah yang kenal setahun dua bagi dara,tayang.
Aku mengaku lah aku pernah nak terjebak ke lembah tu,tapi ingat,selagi korang ada mak bapak,diorang lah yang jadi penyelamat dari sampai jejak kaki korang kat lembah hina tu!

Korang tak takut ke yang ni
Ini hanyalah deskripsi yang korang akan rasa kelak

Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadist bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahwa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kalajengking, dan dikisahkan dalam hadist tersebut bahwa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadist yang sama menerangkan bahwa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Rabb kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang artinya : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.
Naudzubillahimindzalik.
Ya Allah lindungilah kami dari adzab neraka-Mu yang sangat pedih.



You Might Also Like

0 Komen