Pulau Pinang, masihkah mempunyai daya tarikan pelancongan?

10:30:00

P/S : Siapa kutuk saya gemuk, dia gendut berlemon lemon. View from bukit bendera.

Sebenarnya,boleh dikatakan, ada beberapa tempat lepak lama, mungkin ditelan zaman. Dan dengan peredaran
zaman, memang kena telan lah nama nama lama mahupun beberapa tanah yang memang dah lama tak dimajukan, dimajukan jadi tempat peranginan mahupun rumah kawasan elit dan yang mampu milik untuk
orang di dalam kawasan Pulau Pinang, lebih selesa.

Tapi mahal ke sekarang kalau nak pergi melawat, bercuti sehari dua kat Penang?

 
 Perancangan yang tak berapa rapi dilakukan oleh 4 orang, dan saya selaku tourist guide merangkap
driver merangkap orang utara, nak bawak lah orang Kelantan, Orang Sarawak dan 
 orang semenanjung yang dah lama tak pi sana. (cehhhh mai dah loghat).

Plan kami pada asal nya hanyalah ke Penang, tapi sememangnya kita, suka sangat mencuba curi masa
kalau dah nama nya bercuti, so a short sight of view sebab duduk hotel kat Taiping, membawa kami
jalan jalan nampak Cendol Ansari & Bismillah, monumen peringatan World War II dan Taman Tasik Taiping
dan Zoo Taiping serta view masuk ke Bukit Larut, cukup untuk buat memori kami sudah ke
kawasan menarik di Taiping.

Adalah untuk diingatkan, kami dari Tol Jalan Duta ke Tol Changkat Jering (KM460 ke KM220) lebuhraya Utara
Selatan, menyebabkan kos sebanyak RM 32.90 dan minyak sebanyak RM 45.00 (kereta Saga lama). Dari Taiping, kami terus ke Penang dengan menggunakan feri. Tol dari Taiping ke Changkat Jering ialah RM 10.50 dan kos minyak
ialah sekitar RM 30.00.


Uncle Rela kat platform feri siap tegoq masa berenti, kalau nak selpie,mai pakcik ambikkan.



Pakai hitam nampak kan kurus. Haaaaaa

 Jadi, dari Feri, kami terus pusing sat kat Padang Kota, macam besa, tapi masa sampai sana baru lepas zohor
macam tu. Pasembor pun tak buka apa lagi, jadi kami decide untuk terus gi makan dulu. Perut kruk krak
macam bunyi Ju-On dah. 


FUHHH ! Hangus RM 11.30 untuk makan kat Line Clear.  Terletak di 177, Jalan Penang, George Town,
restoran ni memang terkenal di kalangan orang yang pernah datang ke Penang sebab nak cuba lah
Nasi kandaq. Mai Penang tak pekena Nasi Kandaq macam kurang je rasa. Tapi tak semua suka
yang berempah rempah ni, tapi memang sedap. Kami sebenarnya cuba mencari Dark Mansion, tapi tak jumpa
dan juga sangat kesuntukan masa.

Jadi dari Line Clear, setelah sesat dengan menggunakan Google Maps, kami sampai di Taman Bunga
(hareyyyy punya Maps) dan setelah meminta bantuan seorang kawan, kami tiba dengan jayanya di
Stesen Air Hitam Bukit Bendera untuk menaiki Funikular Bukit Bendera. (Sila sedia maklum, untuk sesiapa
yang nak pi sana, stesen tengah diselenggara Funikular Bukit Bendera diselenggara
Untuk yang ada MyKad, nak naik turun RM 10. Saja bagitau awal, karang ada yang kata RM 5. Tu sehala!











Untuk kemudahan orang Islam yang pi sana, ada Masjid Bukit Bendera yang terletak bersebelahan
dengan Kuil. Jadi, tak jadi masalah untuk korang datang tapi dapat melakukan ibadah sambil riadah.
Terdapat pelbagai gerai yang ada bahagian atas, ada Love Walk (duit...) Inai (duit jugak..)
bergambar dengan binatang berlatar belakang design bukit bendera (pun duit), orang melukis di
sepanjang jalan ke atas (pun duit..). Lagi satu, kalau nak datang, bawak barang makan/air secukupnya kalau
korang nak jimat.

Image result for damn .gif
Turun je dari Bukit Bendera, ada saman RM 30 parking. Lewls.

Dan kami terus menuju ke Padang Kota, sebab satu benda.


 

Pasemboq padang kota !

Rate : RM 15~60. Bergantung dekat pengambilan lah, kalau nak banyak Ketam ke, fishball
ke, apa ke, ambiklah. Tapi sedialah duit ye. Dan juga jangan lupa, Laksa Penang. Harga RM 4.00
Lupa nama kedai, tapi setiap kali datang, tak pernah lupa pun okay !

Malam nya, kami singgah ke Queensbay Mall sebelum mall tutup. Quite tiring sebenarnya kalau fizikal
dah lewat 20-an ni. Hmmmm.

Tunggu nanti okay, nak sambung pasal Ipoh pulak. Jarwie jermawiew ni dah leteyhhhhh.

You Might Also Like

0 Komen