Meet : Taiping Bandar Warisan

10:30:00

Assalamualaikum .
Cuti sekolah dah dekat. Mesti ada antara korang yang nak berjalan especially jenjalan yang dekat dekat. Yelah sejak ada GST ni , dengan harga minyak tak stabil , menggigil je kan bila gepren ke , bini ke , anak anak ke ajak keluor jenjalan. Ada je masalah .
Jadi untuk selesaikan masalah , apa kata bawak kesemua yang dinyatakan di atas ke Taiping!

Apa ada kat Taiping?

Sebut je nama Taiping , engkorang sendiri dah tahu landmark yang cukup senang kan , Bukit Larut , Taman Tasik Taiping dan banyak lagi tempat menarik yang boleh korang datang jalan jalan . 
Jom mulakan jenjalan kat Taiping !
Okay mula mula , antara tempat yang memang best untuk korang datang tak kisah waktu bila , pepagi pun tak apa tapi makesure dah nikah !
1. Taman Tasik Taiping


Nampak je itik terus nak tanya kan berapa ? Kalau tak silap saya , harga masih RM 20.00 tak termasuk GST / RM 12 tak termasuk GST. Sengalnya lahai harga .
Tapi untuk orang yang sukakan view sambil senamkan kaki , memang sesuai lah *pandang kaki orang gemuk*

2. Zoo Taiping
Sebab sekarang dah ada Night Safari dekat Zoo Taiping , jadi ada jugak yang memilih untuk tengok binatang kat sini waktu malam. Kadar bayaran untuk masuk pulak RM 8.48 (termasuk GST) untuk bebudak , yang dah besor gajah pulak RM 16.95.

Dulu masa saya masuk ( 2002 ) , masa tu memang first time , ada rate untuk naik keretapi
zoo. Ikut website latest , keretapi dapat naik percuma T.T

3. Muzium Taiping
Muzium taiping ni dikatakan muzium pertama yang dibina dekat Malaysia. Tapi sekarang ,
muzium mengenakan dua ringgit sebagai entrance fee bagi yang berusia tiga belas tahun ke atas. Walaupun macam tu , japgi saya akan nampakkan berapa banyak bajet yang diperlukan jika anda dari WPKL untuk ke Taiping.

4. Bukit Larut / Maxwell Hill
Kalau datang untuk lawatan dua hari sabtu ahad , memang cukup masa , kalau sampai jumaat malam dekat Taiping. Sabtu pagi dah boleh naik dah Bukit Larut . Dia macam landmark dan macam penanda untuk korang bila sampai Taiping . Lelagi yang suka nature.

Ingat tau ! Saya tak suruh awak panjat bukit ni , setakat naik jeep je .RM6D/RM3KK. Boleh start naik pukul 8 turun pukul 11. Lepas turun bawah , boleh pergi mandi dekat air terjun Burmese Pool yang memang dekat . 

Kalau rasa nak mandi berbayar , dekat sebelah entrance Bukit Larut jugak ada Kolam Renang Coronation .

Dah habih semua tu mesti lapaq gila kan ??!
Untuk yang kaki shopping pulak mesti teringin gila nak shopping takpun window shopping kan?
Antara tempat popular makan dekat Taiping ni , tak lain tak bukan Cendol Bismillah. Memang cukup ramai datang setiap hari termasuk lah hari biasa. 

Rasa rasa nak makan sedap lagi , boleh jugak bawak famili pi Medan Selera Bomba Taiping. 
Ataupun , boleh pi makan kat Food Court Tesco Taiping. Saya jugak suggest korang cari Restoran Doli Taiping ataupun yang terkenal Restoran Mee Udang Mak Jah. Restoran Mee Udang Mak Jah pulak terletak agak jauh ( 20 km ) dari bandar Taiping.

Baru baru ini ( 2015 ) Taiping Mall dan AEON Taiping sudah dibuka dan menjual pelbagai barangan berjenama yang kaki shopping suka. Juga wujud di Taiping ialah Taiping Sentral Mall yang terletak bersebelahan Tesco Taiping dan berhadapan Tune Hotel.Oh lupa , korang boleh jugak datang flea market kat Kamunting ( 6**km dari Taiping ) , bermula pukul 6 petang. Yang perempuan boleh ajak laki pergi pasar kemboja esok pagi nya.

Nota untuk yang mengira bajet untuk datang ke sini : 
TRIVAGO , harga yang dinyatakan ialah RM 70 - RM 150 semalam , mengikut bilik dan tarikh korang menempah bilik. RM 400 tak termasuk tol sememangnya kadar yang agak berpatutan kan?
Have fun! Nanti saya sambung lagi untuk jalan jalan dekat Kuala Kangsar !





You Might Also Like

0 Komen