Rindu

17:38:00

Rindu 
Siapa yang mengenal kamu
Pasti sahaja terbawa bawa
Pasti sahaja termimpi mimpi

Rindu pada firasat aku ibarat candu .
 Ibarat neskepi . Ibarat kopi .
 Ibarat rokok . Ibarat permainan komputer.
Kesemuanya menggiankan
Ketulan ketulan fosil yang membebankan
Tetapi jika tiada menggoyahkan

Sehari tiada , ibarat seratus tahun ternoda
Satu minggu tiada , ibarat duduk di padang pasir
yang panas haloba .
Betapa egonya tatkala bersuara tinggi mengata
Aku tidak perlu engkau tatkala geram memenuh jiwa
Tetapi di saat tiada seminit jiwa gelora
Sepuluh minit sepi dibasahi tekanan minda

Dan
Akhirnya
Selepas sejam
Maaf diucap
Rindu tersingkap



Rizq Herinza Syadza , Aku Rindu Kamu

You Might Also Like

0 Komen