Cuma Bukan Ideal

11:30:00




Sudah terlampau berulang segala benda dan bila kau kuatkan kau cuma ingat bukan aku .
Sudah terlampau terulang juga semua kisah yang tak perlu kau terjemahkan kerana semua
yang ada sudah tertulis di dalam kitab lama kehidupan lalu yang tak perlu langsung untuk 
kau singkapkan dan cuma mahu ingat .

Tidak . Masih belum tegar bagi aku .

Masih belum penat aku mencuba memadam .

Masih belum lelah aku mengejar bayang .

Masih kah bayang aku kelihatan biarpun aku sedar 
aku bukan si arjuna ideal .

Semuanya kau mahu tekan jadi impian 
Jadi beritahu aku 
Mengapa kau masih di hati
Masih setia berdiri senantiasa di ingatan 

You Might Also Like

0 Komen