Tuesday, 18 June 2013

Sendu

Jangan pernah diam .

Ya , itu kata aku bila melihat kau mula setapak demi setapak ke dalam .
Di saat itu , pada awalnya aku sudah bilang , jika kau ingin duduk diam , ingin duduk diam di dalam hati sekecil ini . Tolong jangan bawa bersama serpihan kaca masa lalu . Ya , kau sudah tahu risikonya .
Ia bakal merobek halus walaupun tidak ternampak dek mata kasar kau tika kau melalui ttitian titian yang
ada di sekeliling negara hati aku .

Mungkin kau sudah lupa juga pesan aku , yang kau tidak perlu membawa apa apa senjata tajam dan membawa batuan untuk melindungi . Tidak cukupkah aku menghantar sebatalion tentera bagi mengawal kau
dari terluka ? Ah mungkin belum cukup rasanya . Aku pinta kau supaya jangan senantiasa risau , Percayalah
dengan kekuatan tentera yang sudah ku hantar ramai . Akan dipertahankan kamu sehingga akhir nombor tentera yang ada .

Ingat . Jangan pernah lari . Kerna di sebalik semua negara yang sedang membangun hari demi hari ini , perosak wujud tanpa disedar kau mahupun aku . Dan akhirnya , semua itu hanya kan membawa kepada sendu . Sedu sedan dan tangisan yang akhirnya akan di cop murahan , tiada penghargaan dan cuma menambah perasaan kebencian itu seperti Krakatau . Mungkin juga Tsunami Sumatera .



Post a Comment