Semanis Manis Milo Ais Manis

17:15:00

Apakah perkara yang membangkitkan aku
Apakah yang menyegarkan fikiran aku 
Apakah yang membuat aku akan senantiasa rindu

Lihat saja ketenangan 
Lihat saja tebal jadinya kesabaran
Bau mungkin tiada sekarang
Tiada terus mungkin
Jika benar aku tidak sempat menyantap baumu
Jika benar tekaan aku

Izinkanlah aku melihat dan bersama mu
Tatkala aku masih mampu
Di masa aku masih boleh berdiri
Bernafas atas nafas sendiri
Aku mahu kau tahu
Wahai si manis 

Aku sebenarnya tidak mahu menjadi konsumer kamu
Pada mula aku kenal , aku menjadi aneh dengan warna
Aku menjadi dangkal dengan rasa
Aku merasa mual tatkala aku mencium bau kamu

Tetapi sejak aku kenal kamu
Sejak aku minum rasa rasa cinta yang terbuang di dalam
Aku jatuh hati pada kau yang nampak pahit
Yang nampak gelap di luar
Yang nampak sepi di sebalik warna

Namun pada aku , kau sudah memikat
Kau sudah berjaya mengikat
Kau sudah berjaya mengayat
Ya , ianya hakikat
Hakikat bahwa kau telah menawan
Kau sememangnya menawan
Kau tiada tandingan

Terima kasih , em , sayang , milo ais manis secawan ?

You Might Also Like

2 Komen