#SaturdayTalk #Zine : Dara Imiginari

02:24:00

 AKU karangkan khas buat sang dara yang tak pernah kelihatan di mata kasar yang telah mencuri lari hati . Aku karangkan jua akhirnya setelah tidak betah melihat kau menapak pergi ke tempat yang mana mata kasar mahupun mata hati tidak dapat memerhati lagi setiap derapan kaki . Loceng di kaki , bunyinya hampir sama seperti yang lain namun kau datang dengan skala bau penarik hidung yang berlainan .

Ah , mungkin kau sudah lupa bukan bahawa aku pernah merenung mu dengan sengaja di kejauhan koridor tetapi engkau hanya tersenyum di depan jejaka yang lebih kau suka . Ibarat ada binokular kapal selam di mata , membolehkan aku terus menerus zoom . Mahu saja disepaikan oleh ku tangan yang mengusik bibir , yang memegang tanganmu seeratnya .  Mahu saja aku . Mahu saja . Tetapi aku mengenal sejak tadika . Apa itu lepas dan cantas . Apa itu berlari dan menyendiri , Terima kasih wahai dara imiginari .

You Might Also Like

0 Komen