#ToldlessTuesday : Cinta si pencari pemilik payung plastik biru

16:20:00

Satu detik masa telah berlalu .
Masa . Menginjak setapak demi setapak . Dan aku masih berpayung murah yang amat berniali buat aku sejak 16 minggu dan lima hari yang lalu sejak aku mendapat payung ini.

Payung yang istimewa diberikan oleh sepasang tangan yang besar . Cukup besar buat aku yang hanya seorang gadis yang masih belasan .Mungkin pada orang lain , payung ini hanya payung biasa yang boleh dibeli di mana mana , tetapi payung ini ialah payung yang telah membuatkan aku bertegur sapa dengan lelaki asing . Aku hanya seorang pelajar yang bersekolah di sekolah perempuan dari sekolah rendah dan menengah  Selain dari ayah , aku tidak pernah mengenal lelaki lain


Kedengaran seperti aneh bila ku perkatakan pada rakan rakan di sekolah yang telah mempunyai teman lelaki seusia ataupun lebih tua . Dan apabila kali pertama aku berbual dengan jejaka itu , membuatkan aku tertarik .dengan cara nya . Okay . Sememangnya aku terlampau memasang angan angan pelik.

Sehingga ke sekolah , aku terbawa bawa ke penulisanku . Dan yang rapat denganku hanya tergelak . Sinis barangkali .Tetapi aku tidak kisah .

Pada satu hari , aku ke sebuah Shopping Mall bersama rakan setelah habis kelas tambahan di sekolah . Aku sedang mencuba make up kerana telah lama juga aku tidak ke sana bagi membeli barangan wanita . Setelah mencuba beberapa , tiba tiba perasaanku bergolak seketika . Akuseperti mengenali suara yang itu . Ya , aku masih ingat suara itu . Suara yang pernah menegur dan memberi ku perlindungan tatkala hujan .

Lantas , aku memberanikan diri menegurnya setelah didesak dan diperli oleh rakan rakanku .
Tetapi .. Jawapan pada hari itu . Amatlah ....

"Saya kenal awak ke ? "

Hari itu merupakan hari yang amat menjatuhkan . Membinasakan buat hati yang sememangnya bukan seketul daging yang boleh dikerat tanpa ada rasa . Bukan satu kaca yang boleh dihempas lalu digam tanpa ada kesan calar ataupun kelihatan sempurna lagi.

Lalu satu hari , ku ternampak kelibatnya lagi di persisiran jalan sewaktu aku hampir pulang tatkala hujan ketika kau berlari menaiki tangga ke stesen LRT . Aku pantas didekati . Ku lihat dia tercungap.

"Awak , ni payung saya kan ? Awak ke yang tegur saya masa dekat mall haritu ?Maafkan saya , saya tak perasan yang masa tu ialah awak . Awak , nampak lain  Nampak lebih comel ketika awak tersenyum dan ber make up . Make up tu memang sesuai dengan awak "


Aku hanya mengangguk dengan tangisan . 
"Beritahulah saya siapa nama awak "


Dan itulah permulaan sebuah cerita yang baru buat seorang gadis seperti aku . Penantian bukanlah satu penyeksaan . Tetapi satu pengakhiran yang mungkin membahagiakan.

P/S : It is worth to wait for changes .

You Might Also Like

0 Komen