Gadget Talks : Sentuh boleh , Tekan pun boleh

13:25:00


Assalamualaikum semua pembaca . Aha , akhirnya keluaran segmen pasal Gadget Talk bagi tahun 2013 dimulakan jugak pada tahun ini biarpun lambat . Lately penulis agak sibuk dengan persiapan bagi menjalankan semula , lebih kepada pemulihan blog blog lama penulis .

Pada segmen Gadget Talks pada kali ini , penulis dan mempertengahkan model smartphone tahun 2012 keluaran Samsung Inc . Tak lain tak bukan ialah Samsung Galaxy Chat B5330 . Samsung memperkenalkan produk ini pada Julai 2012 kalau tak silap dekat Malaysia dekat dekat Ogos . 
Bertepatan dengan tema memperkasakan sistem operasi smartphone Android , Samsung mengetengahkan produk seperti ini untuk orang yang kaki sembang ,

Meh kita tengok Specs benda  ni . Baiklah , Samsung Chat ni diperkuatkan dengan 850Mhz SINGLE Processor dan juga menggunakan Sistem Android Ice Cream Sandwich 4.1 , yang  diikutkan agak laju jugak lah kalau nak dibandingkan dengan Samsung Galaxy Y yang menggunakan Android 2.3.1 ,.lebih lebih lagi ia sudah hampir dengan handphone yang mempunyai 3G sebagai network receiver , biarpun tidak menyokong 3G , ia menggunakan EDGE dan HSUPA dan menyokong Wi-Fi . Seperti smartphone yang sedia ada , Samsung Galaxy Chat menggunakan Bluetooth 3.0 .


Apa yang menarik tentang Samsung Galaxy Chat ialah ia membolehkan penggunanya menggunakan samada Qwerty Pad ataupun Touch Screen . Bagi penulis , ini ialah satu kelebihan kerana penulis senang menggunakan kedua duanya bagi melakukan kerja . 

Chat juga didatangkan dengan kamera 2MP dan menyokong video jenis MP4 , 3GPP dan Radio serta mempunyai slot memori SD .Didatangkan dengan warna putih sebagai warna asas badan , Chat seperti catatan sebelum ini antara smartphone sasaran bagi rebat smartphone RM200

You Might Also Like

0 Komen