Selamat Hari Raya Qurban

00:35:00


Harini merupakan hari kedua bagi sambutan Hari Raya Aidiladha/Qurban.Malaysia menyambutnya tahun ini pada 10Zulhijah 2011 Masihi ataupun 1432 Hijrah.Biarpun Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara lain sedang dilanda hujan yang lebat,ini tidak menghalang qurban dijalankan dengan meriahnya.Perdana Menteri Malaysia ketika ini yang sedang berada di Makkah kerana menunaikan ibadah haji bersama isteri dan rombongan.Adalah disunatkan kepada semua umat Islam bagi berpuasa arafah,kerana pahala yang dijanjikan bersamaan dengan pahala berpuasa setahun.Perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Allah SWT.

Berikut adalah beberapahadis sahih yang mengaitkan tentang Aidiladha:

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

P/S:Zul dan keluarga mengucapkan selamat hari raya Aidiladha kepada semua umat Islam

You Might Also Like

0 Komen