Segmen Khutbah Jum'ah @ Masjid Teras Jernang

10:25:00


Bismillahirahmanirrahim.
Bersyukur kita kerana pada hari Jumaat yang mulia hari ni
6Julai2011,kita dapat lagi bersama bagi menghadiri solat Jumaat
Hari ini di masjid teras jernang,mimbar akan memberikan khutbah tentang
"PEKERJAAN"



Takrif pekerjaan diertikan sebagai suatu perbuatan yang dilakukan bagi mendapat
ganjaran samada dalam bentuk wang ataupun barang yang dapat digunakan

Dalam konteks Islam,dapat dikatakan disini melalui
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan,biarpun sebesar zarah,adalah balasan untuk perbuatan itu
Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan,biar sekecil zarah sekalipun,maka adalah balasan untuk
perbuatan yang dilakukan
."

Dapat diambil makna bahawa segala perbuatan yang dikerjakan oleh manusia,pasti akan ada
balasan yang diberi Allah SWT.

Halal dan haramnya sesuatu pekerjaan telah digariskan didalam agama Islam.Dan pemilihan
pekerjaan amatlah dititikberatkan oleh Islam agar rezeki yang bakal diperoleh kelak,
adalah halal dan bersih dari segala perkara yang tidak dibenarkan,termasuklah riba',rasuah
,wang judi dan segala yang akan membuatkan sesuatu rezeki itu haram dimakan oleh dirinya
dan juga yang berkenaan.Islam juga mengalakkan umatnya mencari harta bagi memudahkan urusan
tetapi hendaklah juga diingatkan bahawa rezeki itu digunakan di jalan Allah SWT,bukanlah ke arah
yang menyebabkan perkara seperti lagha(melalaikan).Ini akan menyebabkan institusi masyarakat,
bangsa dan juga negara runtuh dan melahirkan ummah yang tidak bertanggungjawab ke atas saudaranya.
"Dan setiap daging yang tumbuh dari sumber yang Haram,maka api Neraka lah yang utama untuknya"

"Barang siapa yang melakukan amal soleh,ketika ia sedang berada di dalam keadaan beriman,maka ia mendapat

-Kehidupan di syurga abadi
-Rezeki yang tidak terhitung
-Pahala yang diberi Allah

Maka gunakanlah rezeki yang diberikan Allah ke Jalan-Nya,nescaya anda semua mendapat
tempat yang mulia,yakni disisi-Nya.Sesungguhnya Allah SWT Maha Pemurah,Maha Mengasihani.

You Might Also Like

0 Komen