Masuk hari ke lima belas, telah diberitakan bahawa masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar kepada Perintah Kawalan Pergerakan dengan pelbagai perkara yang sememangnya dilihat membahayakan kepada rakyat yang tinggal di kawasan tersebut. Terdapat 1046 sekatan jalan raya dilakukan pada tarikh hari ini (28 Mac 2020 ) , dan masih beribu-ribu kenderaan yang dipenuhi dengan pelbagai pemandu dan kebanyakan nya masih memberikan pelbagai alasan yang tidak memberikan kerjasama terhadap frontliners yang bertugas bagi membendung wabak ini sekaligus membuat pendataran terhadap rekod positif orang terkena jangkitan wabak ini .
Kredit : M-Star |
Dengan kedegilan 3% ini, adakah kita mampu untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ini? Saya pasti ramai rakyat kita yang sudah jelik dan muak dengan jenis yang seperti kotoran susah tanggal ini. Perlukah di clorox kan terus? Atau perlukah diumumkan dahulu kerajaan bahawa yang mempunyai rekod ditahan dan dikenakan kesalahan PKP ini supaya tidak menerima insentif yang diberikan kerajaan seperti diumumkan semalam?