Norma Norma Kepala

23:17:00

Hati manusia
Semuanya sama tanpa perlu kau alih jantina
Tanpa perlu kau tak samaratakan sebab dada
Tidak payah kau kerling kelibat kerana alat

Ya , sememangnya semua ada erti rasa
Yang membeza sebenarnya ego

Ego yang kau bina berkongkrit
Ego yang kau pasang tanpa stalaktait dan stalakmait
Yang sememangnya berliku
Bagi siapa yang magu
Bagi orang yang inginkan kamu

Kau pasang segala ombak duri
Kau nyanyikan bencana dan gempa hati
Hanya kerna kau tidak mahu percaya

Cuma sebab itu !

Sampai sangkakala ditiupkah mahu begitu
Sampai dinihari nyawa mahu diam begitu
Aku cuma mampu memandang dari kejauhan
Aku akan gelakkan tiap benteng kedegilan
Semasa aku pula sedang dalam kebahagiaan

You Might Also Like

0 Komen