Kotak

10:00:00

Hidup macam semacam ada rasa duduk di dalam satu 
ruangan yang diukir menjadi empat penjuru
Jika diukur dan dilihat nasib seperti buah dadu

Kalau mahu melangkah ke depan
Apa yang penting kau hanya perlu lemparkan
Mungkin satu langkah , dua ataupun enam
Tidak boleh terlebih mahupun berkurangan

Ada angka angka yang akan menentukan
Setiap langkahan 
Apa yang telah tersedia sebagai halangan
Apakah yang bakal menjadi manis atau pengalaman
Apakah yang boleh dijadi ilmu sebagai bekalan


Dan akhirnya , tersungkur di ribaan sebuah kertas berbentuk dipanggil
KOTAK


You Might Also Like

0 Komen