Datang Lagi

23:09:00

Sebulan yang lalu 
Setahun yang lepas
Ketika perut diuji
Ketika tekak minta dibasahi
Ketika kaki melangkah pergi
Lantas mamak dipenuhi dengan binatang
Binatang binatang melata yang mencari sesuap nasi

Ketika yang lain menguji iman
Ketika ramai menahan tekanan
Pengisian minda cuma satu
Kelaparan

Sudah bersediakah ?
Mungkin fidyah itu dilihat senang
Mungkin 
Tapi sudah bersedia kah amalan untuk ditimbang
Jika kita ditarik kebenaran menahan lapar dan dahaga
Jika kita tidak mampu mengganti kerana sudah tidak bernyawa

Ingatlah , ada mata yang memerhati dikanan dan kiri
Ada pencatat yang menulis setiap gerak geri
Ibarat mata kepada Pencipta
Yang tidak berdusta tentang azab dan seksa
Yang tidak akan menangguh semua 

Alhamdulillah ya Allah
Tahun ini
Tahun aku berubah corak warna
Tahun aku melangkah ke satu lagi era
Tahun yang membuat aku kenal satu lagi kehidupan
orang bekerja



Salam Ramadhan Al Mubarak . Ahlan wasahlan ya ramadhan al mubaraqah .
Syukran ya rabb for this chance . May Allah ease our action during this fasting season . Amin

You Might Also Like

0 Komen