Dengki Si Bangsa

05:11:00

Sudah berapa lama kita duduk di bumi Allah ini ?
Dan bila pecahan pecahan nya diberi nama negara
Dan negara itu terpecah dengan nama negeri
Yang sememangnya kita sudah tahu

Dan seberapa ramailah yang mahu membantu
Menghulur tangan di kala perlu .
Yang memberi sumbangan tatkala nyawa hampir kaku
Adakah lagi yang berperangai jitu
Yang mahu kita bersatu

Kahkahkah ! Ya ! Aku mahu gelakkan bangsa aku
Bila kau cuma tahu
Menujuk jari satu persatu
Ke kepala kepala yang dikatakan punca
Kaulah si perosak penyatuan bangsa
Kaulah si celaka yang hanya menyamun harta
Kaulah si perompak yang tak kenal erti derita
Ya ! Kau !

Seronok bukan melihat sekarang ?
Wahai anjing yang hanya memandang belakang
Adakah kau sedang mimpi memegang wang
Yang bila dibakar hanya digelak
Yang bila ditebar ramai yang mengelak
Yang masih mahu kebenaran ditegak
Orang itu masih berpegang teguh ibarat pemegang tombak

Ingin aku tanya pada kau satu perkara .
Bila kah kau mahu bersara
Turun takhta dari merosak negara
Turun pangkat dari kerusi raja tamak haloba
Turun kan ego dan berlalu dari membuat huru hara
Hanya kerna kau masih belum berjaya
Meroyan ibarat anjing gila yang kelaparan
Menjerit mengajak orang berpura pura

Wahai anak bangsa yang mahu membela agama
Perasankah kau satu perkara yang sama
Semua itu hanyalah drama ! Drama !
Mereka hanya mahukan kamu sebagai patung
Patung peniru segala kelakuan yang melambung
Membawa perangai yang sangat sombong

Lupakah kalian , ini tanah kita ? 

You Might Also Like

0 Komen