#ItsSaturday : Hidup umpama impian yang diimpikan

22:50:00

  Banyak sebenanrnya yang merungut apa bila kita yang ada kuasa di dalam tangan tapi membazirkan sahaja peluang . Ada yang menggambarkan hidup itu hanya sekadar seperti mencari peluang mendapatkan bola di persilangan kaki . Bila dapat , kita hanya perlu mencari peluang untuk gol tanpa memikirkan benda lain . Ingat kalau gambarkan kalau dah dapat bola boleh shoot ?Tak fikir kalau dah dapat bola makin banyak orang akan rapat untuk cuba curi bola ? tackle dengan cara kotor sekalipun orang dah tak kisah sekarang .

Sama juga dengan  isu semasa yang terjadi dekat Lahad Datu . Ramai dan pelbagailah propessor propessor yang acah acah Panglima Tentera kedua yang hanya duduk menyorok dan hanya bercakap pelbagai omongan kosong , yang konon nya kalau buat ikut cara itu , cara ini , boleh terus singkirkan diorang dengan sweep by one day . Macam mana pula dengan nyawa yang bakal melayang ? Macam mana ? Cuba jawab sikit dengan laki orang , anak anak yang dah terkorban tu . Aku banyak kali letak diri aku dekat tempat keluarga keluarga pejuang negara kita .

Bukan nak menunjuk rasa apa sekalipun . Tapi , bagi aku , sebagai salah seorang anak bekas perajurit negara . Ayah aku bekas pegawai tentera yang pernah ke dua tiga operasi penting termasuk lah menjaga sempadan sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin . Ingat tak kes Abu Sayaf ? (2001) . Yes . He was there and langsung tak beraya dengan aku tahun tu . Apalah yang aku mengerti sangat masa kecik kalau takde abah masa tu , cuma boleh merengek /.

Plus , he was also one of the shooter tembak pendatang tanpa izin yang masuk sempadan sarawak ( 1998 ) dan masuk akhbar tempatan sebab tersalah tembak . Bagi menjawab isu yang sengaja pulak digembar gembur oleh segelintir pihak tentang penerbangan komersial bagi mengangkut angkatan tentera , pada aku tak masuk akal, We used to fly with Air Asia Comercial flight when we're young dan juga semasa operasi . The first flight that i took is at 1998 . Jadi  , kenapa selepas lebih kurang 15 tahun , menjadi isu yang nak di perbesar besar kan ?

Kenapa mesti semua sekarang ? Maaflah kalau kau judge aku ni , sokong kerajaan ke apa . Tapi tak . Aku jugak atas botol , memerhati tindak tanduk semua pelakon atas pentas politik tu . Memerhati sahaja tanpa nak berkata apa sangat .

Aku cuma sedih . Pernah kah kau bayangkan kalau bapak , mak kau atau sesiapa sahaja yang kau sayang , pergi ke sana , lepas tu orang mengata macam macam pasal dia ? Sebagai seorang engkau yang meletakkan diri engkau , secara logik akal . Secara waras nya . Tanpa memperdulikan telinga yang berbisik di telinga kanan atau kiri .





Mereka yang berjuang demi negara , berjuang kerana mempertahankan bumi yang sedang
ingin dijajah minda dan tanah , terima kasih kerana mempertahankan hingga ke titisan darahmu
hingga ke nafas yang terakhir . Al- Fatihah .

Selamat berjuang kesemuanya 

You Might Also Like

0 Komen