Tuesday, 7 February 2012

Kenapa Aurat Wanita lebih ditekankan dalam Islam?

Antara Sebab Kenapa Ramai Lebih Fokus Aurat Wanita Berbanding Aurat Lelaki

1. Islam lebih menekankan aurat perempuan.

Dalil khusus mengenai perempuan lebih banyak ditekankan dalam Al-Quran dan hadis Nabi berbanding aurat lelaki. Adakah anda ingin menuduh Al-Quran berat sebelah pula? Pendapat empat mazhab mengenai aurat wanita juga hampir sama iaitu aurat ketika solat. Berbeza dengan aurat lelaki, empat mazhab berbeza 
pendapat. Mazhab Syafie dan Hanafi lebih teliti dengan meletakkan dari atas pusat sehingga bawah lutut. Manakala Mazhab Hambali dan Maliki menetapkan aurat lelaki hanyalah menutup kemaluan sahaja. Dan ada pelbagai lagi khilaf ulama mengenai aurat lelaki.

2. Aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Aurat lelaki cuma dari paras pusat hingga ke bawah lutut. Manakala bagi wanita, auratnya adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, peratusan wanita yang mendedahkan aurat adalah lebih tinggi. Sedangkan wanita yang bertudung pun belum tentu menutup auratnya dengan sempurna. Tidak memakai 
stokin pun sudah dikira tidak menutup aurat. Itu belum menyentuh bab tabarruj. Ini menunjukkan Islam benar-benar ingin menjaga kesucian wanita dan mengangkat martabat mereka.

3. Aurat wanita penyebab ramai lelaki ke neraka.

Daya tarikan wanita sangat hebat kerana mampu menarik golongan ayah, suami, abang, saudara lelaki dan anak-anak lelakinya sebagai teman ke neraka. Kaum lelaki terpaksa menanggung dosa wanita yang tidak menutup aurat kerana kegagalan membimbingnya. Jika lelaki tidak menutup aurat, wanita tidak perlu 
menanggung dosa lelaki. Aurat wanita amat dititik beratkan kerana mudah timbul fitnah dan mengundang maksiat. Dengan hanya melihat rambut pun sudah cukup untuk menaikkan syahwat lelaki. Mendedahkan diri ke arah lembah penzinaan. Risiko untuk lelaki memuaskan nafsu dengan tangan sendiri juga tinggi.

4. Jarang dapat lihat lelaki buka aurat. Aurat wanita ada di mana-mana.
Pernah lihat lelaki ke pejabat pakai seluar pendek? Pernah tengok lelaki melepak di mall tak pakai baju? Mungkin ada yang pakai seluar londeh nampak boxer mahupun seluar pendek tayang lutut hitam. Tapi peratusannya kecil. Sedangkan wanita ada yang pakai skirt ke pejabat. Yang free hair tak payah cakap la kan. Satu-satunya peluang untuk kita melihat aurat lelaki dengan kadar kekerapan yang tinggi ialah 
ketika aktiviti sukan dan riadah. Perempuan? Di mana-mana pun ada. Hatta di tanah suci sekalipun masih ada yang degil tidak menutup aurat. Hanya dengan menonton televisyen dan log in facebook pun boleh mengundang zina mata. Takkan kami nak pejam mata sentiasa? Sekarang ini dah terbalik. Jika lelaki buka baju di khalayak ramai, akan disaman. Perempuan berpakaian macam telanjang pula adalah normal.

5. Wanita lebih menghairahkan berbanding lelaki.

Wanita nampak lebih menghairahkan jika menayang auratnya. Tambahan pula jika mereka memiliki aset yang gebu dan montok. Lelaki pula dipandang selekeh walaupun hanya berselipar dan berseluar pendek menayang bulu kaki yang lebat. Bernafsukah perempuan tengok?Kebiasaannya, jika perempuan ternampak lelaki bogel, mereka akan tutup mata. Tetapi, jika lelaki ternampak perempuan bogel, terbeliak biji mata. Ada kes perempuan rogol lelaki? Jika ada, pasti mengundang reaksi luar biasa. Berbanding kes lelaki rogol perempuan yang boleh dikatakan perkara biasa dan muak untuk didengar kerana terlalu kerap terpampang di dada-dada akhbar.
Post a Comment