Takziah diucapkan.Al-Fatihah

11:20:00

Assalamualaikum.
Malaysia dikejutkan dengan pmergian seorang wartawan Bernama yang ditembak mati ketika dalam perjalan balik ke hotel penginapan selepas melakukan rakaman terakhir di Somalia.
Arwah berada di sana bagi melakukan liputan bantuan Kelab Putera 1 Malaysia.
Jenazah jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, esok.
Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata, sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.
Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.
Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDMbersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.
“Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah, bermula di Subang sehingga disemadikan,” kata Rahman. – Bernama


Saya dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham .Al-Fatihah.

You Might Also Like

0 Komen