Suara Rakyat terhadap kerajaan M'sia.Tolonglah!

10:53:00

Pertama sekali perlu diucapkan sepenuh penghargaan kepada GaySec,sebuah kumpulan penggodam atas usaha penuh bertanggung jawab membongkar misteri Makcik Hajjah Sitt Al-Wujara yang secara terangan menghina kesucian Islam. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakyat Malaysia yang prihatin memberi tekanan berterusan kepada Arlene Tan bte Khalid yang dikatakan sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara sehingga mendorong beliau membuat laporan polis...

Siapa pun Arlene Tan ini yang jelas beliau juga seangkatan dengan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Mungkin beliau lebih cool dan tidak seagresif perempuan murahan tu yang begitu lantang menghina Islam. Prinsip rukunegara yang pertama iaitu KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN nyata telah dilanggar oleh Arlene Tan secara terbuka.

Laporan polis ini juga memberi petunjuk kepada pihak berkuasa untuk bersemuka dengan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara kerana perempuan murahan ini sendiri mendedahkan beliau mengenali Arlene Tan sehingga timbul perselisihan di kalangan mereka.

Selepas semua petunjuk dan pendedahan ini, rakyat Malaysia tertunggu tindakan seterusnya selepas ini. Mampukah kerajaan menangani isu ini seterusnya meredakan kemarahan di kalangan umat Islam yang telah dicetuskan oleh Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini. GaySec mendedahkan mereka mengumpul dan mencari maklumat untuk mendedahkan perempuan ini selama sebulan. Untuk makluman seperti yang diakui oleh mereka, GaySec dianggotai dua pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Mana perginya kepakaran yang dimiliki oleh SKMM mahupun polis setelah sekian lama agama Islam dihina secara terbuka di Malaysia? Kartunis Denmark hina Nabi Muhammad SAW dahulu semuanya jadi kalut tapi kini rakyat Malaysia sendiri yang lakukannya... apa tindakan kerajaan?

SKMM sekadar mampu menutup laman web perempuan murahan ini tapi kenapa tidak mendakwanya kerana menimbulkan kekacauan dan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia. Tidakkah ISA boleh digunakan kerana tindakan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini jelas menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat! Apa komen Menteri Dalam Negeri mengenai isu ini? Sehingga kini tiada satu pun saluran rasmi kerajaan digunakan untuk mengambil tindakan ke atas individu ini sehingga mendorong rakyat Malaysia sendiri menjalankan siasatan?

Apakah kerana isu ini tiada kepentingan politik maka ia sewajarnya dipandang sepi oleh kerajaan? atau sememangnya kerajaan sengaja mengambil tindakan secara senyap sehingga mengambil masa berbulan-bulan kononnya bagi mengelakkan situasi panik di kalangan rakyat. Sedarlah, kekacauan dan kebimbangan di kalangan rakyat adalah dicetuskan oleh kumpulan ini. Polis sepatutnya tidak menyiasat GaySec sebaliknya mengambil tindakan menahan Arlene Tan kerana beliau adalah kunci kepada semua kekalutan ini.

Kami tidak kisah taraf keimanan seseorang, kami sedar telah ramai Melayu menjadi murtad dan tidak percaya kepada tuhan. Namun tindakan mewujudkan sebuah kumpulan sehingga terdorong menghina Islam secara terbuka adalah amat dikesali dan wajar dibendung. Gunakan ISA terhadap mereka kerana jelas menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat.

Kepada semua blogger malah NGO serta seluruh rakyat Malaysia, kami memohon anda memberi tekanan berterusan kepada kerajaan agar isu ini dapat segera ditangani bagi mengembalikan semula keharmonian rakyat Malaysia. Mungkin tidak wajar kita mengangkat senjata berjihad menentang kumpulan ini namun cukuplah sekadar berjihad di alam siber demi memastikan kesucian agama Islam tetap terpelihara!


Persoalanya hanyalah satu:Adakah MCMC ataupun Suruhanjaya Multimedia Malaysia berbulu dengan Gaysec dan Anonymous hingga tiada sebarang tindakan penyebaran media terhadap kumpulan murtad ini?Hanya kerana Anonymous pernah menggodam laman web Malaysia dan tindakan ini dilihat tidak bertnggungjawab dan menganggu periuk nasi Seni di Malaysia sperti yang diperkatakan KRU?Maaf MCMC jika ini hanyalah sindiran sinis,Selamat Hari Raya.Agama Islam adalah agama yang perlu dipertahankan.Salam 1 Malaysia

You Might Also Like

0 Komen