Setiap Kali Ramadhan

07:44:00


Semestinya Ramadhan adalah bulan yang di tunggu umat Islam di seluruh dunia,tatkala pintu syurga dibuka,pintu neraka ditutup,syaitan diikat dan dilempar dibawah lautan.
              

                        Dan setiap kali tu jugaklah,perasaan  sebak datang pada hati,kecelaruan hilang dan disilih gantikan dengan rasa penyesalan atas dosa lampau aku.Tak semua manusia datang dengan pakej yang manusia akan cakap,SEMPURNA.
Namun,aku selalu mengisi slot kekosongan tu dengan rasa syukur,walaupun aku tidak lah tip-top,muka gempak habis,rambut ala korea,pakai dress hiphop ke,duit tak banyak,aku selalu perhatikan manusia di sekeliling aku.
                         Aku bukan nya jenis yang layak menegur,sebab aku pun bukanlah orang yang terlampau titik beratkan agama.

Tapi sensitiviti aku terhadap agama,masih kekal tinggi sampai sekarang.Dengan iman,sekurang-kurangnya aku beristighfar di dalam hati melihat godaan di muka bumi ni.Itulah antara dosa lelaki yang tidak mampu menahan pandangan.Tapi,aku kadang-kadang tunduk,yer,memang aku malu.Aku memang seorang yang tak suka melihat perempuan sebenarnya,apatah lagi yang memakai baju yang nak mintak aku sedekahkan baju kurung.
                        Kat sini sebenarnya aku bukan nak buat ceramah agama,ataupun berbahas,bagi tak baca blog aku teros or psiko sangat.Aku pun paham jiwa muda,sebab aku pun baru menginjak 21 tahun 2011 ni.Tapi terus terang aku perkatakan kat sini,Malaysian especially Melayu,makin ramai gadis yang dah daring pakai macam western.Tak menjadi salah kalau pakai tapi nampak sopan,tapi kalau dah tersembul sangat,laki kata apa pulak?Tak takot ke kena rogol?


Jadi,sempena bulan ramadhan,harapan aku, kurangkanlah pakai baju pelik-pelik,boleh batalkan puasa sebab nafsu tetap ada.Kurangkanlah jugak pakai tanak udung tinggi-tinggi,berbonggol-bonggol tu.Kempen Aurat Saya Maruah Saya

You Might Also Like

0 Komen