Saturday, 23 July 2011

Persiapan menjelangnya bulan ramadan yang mulia.


Assalamualaikum wbt.
Bersyukur kita ke hadrat Allah
sebab tahun ni,InsyaAllah,kita bakal pergi ke bulan ramadhan yang mulia
Jadi sebagai persediaan yang rapi dalam menempuhi bulan puasa ni
JOM 

Sambil membaca kita amalkan lah apa yang telah disediakan kepada kita sebagai
umat Islam.
Antara persiapan yang PERLU dilakukan menjelang Ramadan ialah :
• Persediaan diri untuk berpuasa yang pertama,Seminggu(Mulai harini)sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.

• Melatih diri dengan segala rukun, sunat, harus, makruh yang berkaitan dengan puasa pada Ramadan, sunat tarawih dan lain-lain lagi.

• Membiasakan diri bangun pada sepertiga malam untuk bertahajud, mendekatkan diri pada Allah. Sebagai persediaan membiasakan tarawih dan tahajud pada Ramadan. Ramadan adalah bulan rukuk dan sujud.

• Memperuntukkan beberapa jumlah wang untuk dijadikan sedekah jariah dan zakat fitrah. Bagi mereka yang sudah akil baligh,yang dah kerja tu maka belajarlah membayar zakat fitrah sendiri.

• Rancang strategi tersusun untuk memperbanyakkan hafalan, bacaan, tadabbur, tadarrus al-Quran.

• Melatih dan membentuk diri bersifat mahmudah, sifat terpuji seperti sabar, membanyakkan senyuman kepada sahabat dan kerabat. 
Merendam sifat mazmumah, sifat keji seperti memfitnah, mengumpat dan mengata orang. Kurang bercakap lagha (merapu), tidak berbahasa lucah, kotor dan keji.So,untuk anak-anak muda,time puasa nilah,cubalah berenti tengok porno dan hisap rokok

Rokok kan haram.

Credit Thanks toZulkiflie Hj Mohamad
Post a Comment