Derita

11:48:00

Dan segala banjaran yang telah aku cuba bina
Segala gunung ganang yang telah cuba aku tinggikan
Sudah pelabagai hadangan bukit aku cuba naikkan
Semenjak aku cuba melarikan kau dari masa lalu
Dan kita berdua menuju ke hadapan
Ke masa depan

Yang mana engkau masih mahu teringat
Dan aku cuba menjadi pil dan ubat
Supaya tiada lagi kau untuk terikat
Terikat dengan manusia manusia masa lalu
Yang kembali menjadi jembalang dan hantu 
Aku benci tatkala jiwa kau terusik akan 
semua benda benda lalu

Benci melihat kau menderita 
Aku cuma tersenyum sahaja
Tanpa mulut aku mampu menggamit kata
Supaya semua memori itu ternoda
Dengan segala belai aku
Dengan segala curahan pasu pasu air kasih sayang
Supaya
Semua derita itu hilang .



Aku takkan rebah .

You Might Also Like

0 Komen