Sunday, 10 August 2014

"Tiang apa tu bang ? "

Orang ramai masih memenuhi kawasan itu walaupun 
malam sudah bilang kepada beberapa manusia yang lain supaya
selimutkan badan dan mata dengan kelopak mata .




Dan malam itu seperti malam malam sebelum malam yang lalu .
Ya .
Malam yang kelihatan biasa bagi seorang lelaki itu .
Seperti semalam , pagi yang sudah hilang berjam lama nya tadi .

Tiba sahaja waktu 10 , tiada tanda tanda seorang emak bersama anak kecil masih berada di halaman kedai tersebut .
Tika emaknya sedang berduaan dengan halaman sosial , lelaki tersebut pergi keluar dan mengangkat tiang kedai untuk menutup kedai .

Kanak kanak perempuan kecil .
Tahu sahaja akan keanehan mereka dengan petah bertanya 
"Abang , tu tiang apa ? "

"Adik . Ini tiang kehidupan . "

Kanak kanak . Apalah yang diertikan di dalam kepala .

Lalu dia bertanya seklai lagi .
" Apa guna tiang ni , bang ? "
"Tiang ni ? Bila pacak tiang ni , kehidupan abang sebagai orang yang kerja tamat , dan kehidupan normal abang baru bermula "

Sebelum bergerak , satu perkara yang membuat mak kanak kanak tersebut dan lelaki itu tersenyum ialah apabila mak nya hampir terlanggar tiang yang dipacakkan untuk menutup kedai itu . Lalu anak nya menarik mak nya dan berkata 
"Mama jangan langgar tiang tu ,nnanti abang tu tak "hidup" lepas tutup kedai .