Tuesday, 12 August 2014

Cerita Tadi

Tadi masa aku bawa motorsikal berjalan dekat sekitar taman , aku hampir telanggar orang . Kereta orang lebih tepat lagi .
"Selamat sempat brake ,  kalau tak dah kemana aku "
Tapi pada aku itu semua perkara biasa .
Yang menjadi keanehan aku ialah kebiadapan manusia yang pandu kereta 
yang tak perlu aku sebut model nya . Yang memang fakta , kenderaan mewah dan besar , tak semua mampu milik .


Yang menjadi persoalan asal nya ialah , trademark kereta itu sendiri ialah
"tak mampu milik"
Fikir aku
Kalau orang yang bawa kereta mewah ,semuanya semestinya lah yang tak mampu dimiliki aku , ada pada mereka .
Kereta besar , pemikiran pasti kena besar .
Kereta mewah , harusnya dia lebih berhati hati akan kemewahan yang dia ada .
Warna girang , jadi gaya pemanduan sepatutnya lebih girang .

Tapi , adakah sepatutnya agensi pengangkutan jalan negara patut di salahkan kerana di dalam kursus tidak mengajar mereka erti akhlak menghormati pemandu lain yang membawa kenderaan kecil dan kelihatan biasa di mata mereka seperti penunggang motor seperti aku ?

Jika semuanya perlu menyalahkan orang lain , jadi di mana silap kita sendiri ?

Tapi , itu semuanya 
cuma
satu cerita tadi .

Yang pasti , cerita ini tidak dihargai ataupun di cerita aatau dibaca .