Monday, 11 August 2014

Buah Senyum

Pohon di tepian rumah kampung itu masih lagi membuahkan buah buahnya bagi tuan yang senantiasa redha akan rezeki nya .
Duduk di situ , dua orang sahabat , seorangnya kaya .
Seorang lagi yang tahu erti makan rezeki pemberian .

Berkata rakan nya yang kaya 
"Kau tahu ? Aku baru sahaja beli permata buat isteri aku . Sungguh aku lihat muka nya gembira , tetapi seketika . "

"Aku ingat lagi bahawa dia betul betul mahukan permata tersebut hingga tidak mahu makan , tidak mahu tidur bersama aku kerana mahu membuktikan bahawa permata itu mampu menjadi pendampingnya yang senantiasa memberikan nya senyuman "

"Tetapi aku aneh wahai sahabat , selepas beberapa purnama , senyum tiu hilang dan dia berkehendakkan yang baharu "

Rakan yang seorang lagi cuma duduk tersenyum sambil merenung pokok buah yang ada di hadapan mereka .

Isteri rakan nya datang dan menghulurkan mereka segugus buah dari pokok itu dengan senyuman yang biasa dia lihat setiap kali mereka berdua berbual .

"Aneh benar aku , sahabat . Sudah bertahun aku bertandang ke rumah mu , senyuman isterimu aku lihat tidak pernah berubah seperti mula mula aku mengenali kalian berdua . Apakah rahsia kamu berdua ? "

Lalu sahabatnya berkata 
"Kamu mahu tahu , sahabatku ? Senyuman itu datang dari sana " lantas menunjukkan pohon buah di hadapan mereka .

"Bagaimana ? "

" Kita tahu rezeki datang dari Allah . Pohon itu sudah bertahun menghidangi kami dengan rezeki dari Allah . Senyum juga rezeki , yang bermaksud rezeki untuk melihatnya lagi atau tidak melihatnya keesokan hari . Dengan senantiasa bersyukur atas apa yang Dia beri , aku bersyukur , sahabat . Kerana aku mampu melihat senyumanya lagi walaupun kami hidup begini " 
Post a Comment