Sunday, 26 January 2014

Wang 2.0

Ramai sudah sedia maklum dengan penambah baikan oleh kerajaan yang komited mahu membantu meringankan sedikit beban rakyat tambahan dengan GST yang diperkenalkan pada tahun ini . Bagi menggalakan pertumbuhan dan mengurangkan beban isi rumah , kerajaan telah menambah BR1M yang disasarkan pada golongan berpendapatan sederhana dan rendah .

Berikut adalah syarat syarat perlu dipatuhi ketika membuat pendaftaran ataupun sebagai rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk mendapatkan BR1M :


       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014


Bagi tahun 2014 , penambah baikan dari segi kemasukan wang , terus ke akaun bank melalui LHDN , ataupun isikan borang anda dan hantar kepada ketua ketua kampung ataupun melalui laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di E-BR1M . 
Post a Comment