Sunday, 1 December 2013

Tangis

Tangis


Selepas kau mula pergi
Tak seperti dahulu yang kau janji ,
Yang ada ;
Cuma tangis sebagai teman di pipi .

Sinis , otak ketawa melihat aku ,
Jiwa gugur rebah ibarat domino ,
Roboh
Satu persatu .

Walau bertahun aku tahan ,
Namun semakin banyak -
Yang mahu keluar jadi kawan .

Aku cari sudut sudut ,
Yang pada aku akan cuba tersorok tanpa kamu
Yang ada di kepala ,
Cuma rumah yang aku padamkan lampu
Di dalam keretaku yang tidak berganjak
Di hadapan tempat kau yang aku tak mampu teriak

Keluarlah !

Aku rindu !

Patah patah kata di skrin aku baca
Kau pinta maaf tak sengaja
Kau bilang , kau senantiasa mahu aku percaya

Satu malam kau mabuk tangis
Kau kata “ Abang , kenapa dah tak peyok saya ? “
“Abang dah tak sayangkan saya ? “
“Kenapa saya rasa abang dah taknak kan saya “

Kau sentuh yang terbaik buat kau tidur ;
Dada aku yang senantiasa kau kata
Penidur terbaik sewaktu kau hampir gugur .

Bibir kau bergerak dan meniup bisikan
“Kenapa abang selalu sibuk “
“Kenal lagi tak budak busuk “
“Dia rindu gemuk “

Dan tangis itu terus berlagu di minda ,
Berputar putar ibarat dimain tanpa hentinya .

Aku masih terus mahu kuat .

Tapi tangis .

Tangis aku .

Makin kuat .



Post a Comment