Monday, 2 December 2013

Sepuluh Kata Dahulu

Sepuluh Kata Dahulu

Di saat kau baca lembaran aku ,
Mungkin secara wujud ataupun tidak tampak di mata kasar ,
Kelihatan nya wajah aku di setiap baris baris sayu .
Yang pengirimnya ,
Aku .

Gadis ,
Ingat lagikah janji janji sepuluhmu pada aku ,
Saat kita genggam jari jari erat
Dan kau kata aku hingga penamat .

Dahulu ,
Kau kata aku lah yang pertama
Kau janjikan aku senantiasa mahu ada
Kau khabarkan dunia ,
Lihatlah , aku empunya kau sahaja .

Dahulu ,
Kau titipkan manis di bibir dan cumbui aku ,
Kau bilang jangan cemburu .
Kau tidak akan berubah dan berlalu .

Dahulu ,
Kau senyum manja ,
Kau kata aku lah yang di hati ;
Bertakhta hingga dunia tiada

Dahulu ,
Kau mengaku jika tanpa aku ,
Kau tidak mahu bertindak apa
Kaku kononya hanya akan –
 jika ada aku bersamamu.

Dahulu ,
Kau bilang mahu ada aku hingga ke hari tua ,
Kau mahu aku bawa kau ke mana saja ,
Kau janji , kau akan mahu aku tanpa rimas .

Dahulu , gadis .

Dahulu , kau .

Dahulu .


Post a Comment