Thursday, 3 October 2013

Wangian Syurga

Anak anak ni dikatakan sebagai wangian syurga . 

Tapi bila ada anak , ibu bapa menjadi jahil dan kedekut .
 Aneh ?


Bila ibubapa dapat sahaja anak anak , ibubapa menjadi "kedekut" dan "jahil" . Sila jangan fikirkan secara asas maksud kedekut dan jahil ini . Ibu bapa menjadi kedekut bermaksud ibu bapa terus berjimat . Jadikan satu cerita , mak memasak ayam 5 ketul . Kalau dulu , bila mak nya memasak , 4 ketul terus ke suami , tapi bila ada anak , suaminya cuma dapat dua . Suami bertanya " Kenapa abahnya dapat 2 saja " Mak menjawab " Anak kita bang " . Ibu bapa jadi jahil pula , bukanlah bermaksud sudah lama jahil . Nak dijadikan cerita dulu dulu masa anak anak masih tak ada , mak rajin ke surau , pergi mengaji , tup tup anak keluar , kekawan bini mengajak " Timah moh le ke surau , ngaji " Tak apalah siti , anak kecik lagi . " Nak dijadikan cerita anak yang pertama dah besar , keluar lagi kedua . Keluar lagi ketiga . Tup tup sampei ke tua idok ngaji , pergi majlis majlis disebabkan sangat sayangkan anak anak . Tak cukup besarkah pengorbanan mak ayah ?




Post a Comment