The Equalizer 2 : Slow tapi steady!

10:20:00

Untuk orang yang tak pernah pun tengok cerita pertama Equalizer, mungkin akan terpacul
dari mulut "boleh tahan" ataupun "banyak jugak aksi menarik". Dan sememangnya sebagai salah seorang yang mengikuti Equalizer
dari movie pertama, sequel movie ini kelihatan seperti satu kisah baru yang masih perlu diperbaiki.
Seperti biasa sebelum dimulakan review, kita bersuai kenal dulu dengan The Equalizer 2.

Hasil carian imej untuk equalizer 2

Pengarah : Antoine Fuqua (Pengarah sama The Equalizer pertama)
Pelakon : Denzel Washington, Pedro Pacal, Ashton Sanders, Bill Pullman, Melissa Leo

Cerita bermula apabila Robert Mc Call yang sudah bersara dari menjadi seorang tentera marin berpangkat pegawai dan juga bekas perisik DIA ( ya betul, memang bukan CIA), membantu individu
yang memerlukan bantuan. Antara scene yang sememangnya pada mula nya mengejutkan ialah ketika Robert menyamar sebagai salah seorang rakyat Turki, hampir tidak perasan bahawa yang menyamar ialah Robert sendiri kerana jika dilihat dari poster, sememangnya amat aneh untuk mengenal pasti bahawa pakcik tua tersebut ialah Robert. Jadi, antara elemen yang diseltikan di sini ialah elemen kejutan yang sememangnya berjaya memainkan peranan.




Pergh, ada rupa Zakir Naik



Elemen kejutan kedua ialah Dave York yang berpaling tadah menjadi seorang pembunuh yang hanya mementingkan wang walaupun Dave dan Robert sememangnya rakan ejen di dalam DIA. Tiada elemen romance dan babak "romeo and juliet" di dalam sequel ini ( ambil contoh Expandables 3), mungkin membuatkan mat mat rempit yang suka geli geli cerita omputeh, mungkin mengecewakan mereka tetapi bukan untuk kebanyakan peminat cerita thrill dan aksi.


Walaupun di dalam keadaan slow paced, harus diakui, cerita ini ada sedikit lompong kerana
watak mamat dekat bawah ni ; Miles Mittaker yang dilakonkan oleh Ashton Sanders. Ashton Sanders kalau tak salah ada dicalonkan  untuk anugerah "Screen Actors Guild Award for Outstanding Performance by a Cast in a Motion Picture" untuk cerita Moonlight.

Hasil carian imej untuk ashton sanders equalizer 2

Mungkin sebab tiada pengenalan selain orang hanya tahu watak dia ialah sebagai jiran yang tinggal dekat apartment yang sama dengan Robert. Dia juga yang dapat tahu dekat mana Robert simpan baju pegawai tentera dekat bilik rahsia sebab masa Miles mengecat rumah Robert, Dave dan kawan dia datang nak bunuh Robert selepas dia dah bunuh rakan baik Robert, Julia Plummer dan sebab Robert bawa lari mangsa sasaran Dave, suami Julia. Watak Julia dibawakan oleh

Melissa Leo at the 2009 Tribeca Film Festival.jpg

Renyeh ja Melissa Leo ni.

Untuk yang masih belum berkesempatan menonton. tayangan the Equalizer 2 masih terdapat di beberapa pawagam di Semenanjung dan beberapa pawagam utama di Sabah Sarawak. Cerita ini diletakkan pada range scoring 3.2-3.6 dari lima bintang.

You Might Also Like

0 Komen