Segenting Kra dan Pattani ; Permata yang hilang rampasan kuasa Siam

20:30:00


2018 sudah hampir menutup tirainya bagi tahun masihi,  iaitu hampir 109 tahun sejak perjanjian Anglo Treaty yang dilakukan
tanpa diberikan hak sama rata kepada Sultan di tanah tersebut, negeri di rampas, rakyat di sana
hingga sekarang ditekan oleh kerajaan yang merampas. Perjanjian Anglo Treaty 1909 yang dimerterai pada 9 Julai 1909 telah dilakukan secara sulit oleh Edward Henry Strobel, Penasihat Luar Negara bagi Negara siam ketika itu.  Negeri "Sungai Ini" ataupun di sebut sekarang sebagai Pattani dan Kor-Kod-Kra ataupun nama asalnya Segenting Kra ialah tanah
yang sebelum tahun tersebut antara nama negeri yang sememangnya berasal dari tanah Melayu yang membentuk dari titik Segenting Kra hinggalah ke Singa Pura.

Hasil carian imej untuk segenting kra
Peta menunjukkan terusan Skra 

Merujuk kepada beberapa sumber termasuklah rujukan di dalam laman web, dikatakan bahawa sehingga ke hari ini, 
Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu loghat Kedah. 

Tedia eh, pekat macam kat Kedah





Batu sempadan di Tanah Melayu di Ranong (Rundung) Thailand...
Batu penanda selamat datang ke Segenting Kra

Penukaran nama Siam kepada Prathet Thai ataupun di dalam bahasa Inggeris "Thai Land" yang merujuk maksud kepada tanah orang orang bebas sama sekali tidak membawa maksud yang sama kepada kerajaan dan wilayah wilayah yang dirampas tanpa diketahui oleh Sultan Kerajaan samada Kedah, Perak, Perlis mahupun Kelantan. Kelantan dikatakan kehilangan wilayah yang hampir paling banyak selain daripada Kerajaan Negeri Kedah ketika itu.

Kelantan , Kedah dan Perlis dikatakan telah kehilangan wilayah Tabal (Tak Bai), Negeri Pattani Darul Makmur dan beberapa wilayah penting
Berikut ialah nama lama kawasan kawasan yang sememangnya berada di dalam kawasan Selatan Siam tetapi telah diubah supaya digunakan di dalam bahasa Siam. Langkah ini telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan kuku besi yang mahu menyeragamkan bahasa dan budaya di tanah Siam.



1. Pulau Phuket yang berasal dari "Buket / Bukit. 
Dikatakan nama lama yang lain bagi pulau tersebut juga ialah Tongkah.
Hasil carian imej untuk phuket maps

2. Thalang berasal dari nama "Tanjung Salang".

Hasil carian imej untuk thalang

3. Kawasan Yala iaitu kawasan asal yang bersambung dengan Wilayah Reman atau dikenali sekarang dengan nama Hulu Perak, berasal dari  nama "Jala".

Hasil carian imej untuk wilayah yala peta

4. Pintu masuk ke Wilayah Yala iaitu di Betong yang berasal dari nama"Betung".

Hasil carian imej untuk pintu masuk imigresen betong

5. Bannang Sata ataupun nama asalnya ialah "Benang Setar". Jika diperhatikan, kawasan Benang Setar sama sahaja kelihatan seperti Baling, Kedah.

4. Kabang pula ialah nama dari kawasan "Kabae / Kabe".

5. Ke wilayah yang berdekatan dengan Kelantan, MueangNarathiwat atau Narathiwat ialah bahasa Thai yang merujuk kepada "Menara". Di Narathiwat pula terbahagi kepada beberapa kawasan khusus. Di kawasan inilah dikatakan gerakan pemisah antara yang aktif membuat serangan bagi memberontak tidak lama dahulu oleh sebab tindak tanduk kerajaan Thai yang cuba menidakkan hak bagi orang Islam di kawasan selatan Thai.

Amphoe Narathiwat.png
Rujuk : Wikipedia 

6. Tak Bai : Tabal

7. Rueso : Rusa

8. Su-ngai Kolok : Sungai Golok

9. Su-ngai Padi : Sungai Padi

10. Tanyongmat : Tanjung Mas

11. Buketa : Bukit Tar

11. Sai Buri : Selindung Bayu @ Teluban

12. Yaring : Jaring

13. Krue Sae : Gersik (bukan bahasa Korea eh)

14. Panare : Penarik

15. Yarang : Jarang @ Binjai Lama
16. Songkhla : Singgora 
Singgora dikatakan membawa maksud ‘Bandar Singa’

17. Chana : Chenok

18. Na Thawi : Nawi

19. Thepha : Tiba 

20. Saba Yoi : Sebayu

21. Ranot : Renut

22. Sadao / Sadaw' :  Sendawa. Tapi orang tak kenal kawasan Sadao ni, tapi kalau sebut Danok. Haaaaaaaa

Padang Besar ada dua, jangan taktahu, masa terpecah dulu, Perlis dapat Padang Besar, Siam pun dapat PadangBesa. Beza nya, Thai punya tak ada "R" kalau sebut.
Dekat sangat dengan Padangbesa.

23. Samila Beach : Pantai Bismillah

24. Satun : Setul

25. Khuan Don : Dusun

26. Ko / Kho merujuk kepada Pulau di dalam bahasa Siam. Jadi ada beberapa nama pualu yang telah diberi nama di dalam bahasa Siam yang popular seperti Ko Phi Phi, Ko Panyi dan Ko Similan. Ko Panyi membawa maksud Pulau Panji, manakala Ko Similan membawa makna Pulau Sembilan. (tak sama ye dengan yang dekat Perak). Ko Phi Phi pula ialah nama baru bagi Pulau Api Api.
27. Krabi : Ghraibi 

28. Chaiya : Cahaya

Walaupun termeterai pada tahun 1909, penyempadanan semula kesemua sempadan hanya berjaya dilakukan pada 1913, kerana telah mendapat tentangan dari Negeri Negeri Melayu Utara ketika itu, kerana telah dianggap sebagai perjanjian yang sangat tidak adil dan tidak memberi keuntungan kepada negeri negeri dan wilayah yang telah diserah dan dicuri.

Dasar yang dianjurkan dan kesan yang sangat mendalam lebih lebih lagi kepada rakyat di kawasan tersebut sememangnya telah menekan ekonomi dan juga kesan sejarah yang sememangnya memperlihatkan bahawa kerajaan Siam sebolehnya mahu menakluk sepenuh mungkin tanah Melayu dan memperluaskan pengaruhnya ke arah kawasan musuh lamanya.

Walaupun mengatakan kepada pihak kerajaan Terengganu apabila Sultan dengan murka nya mengatakan kerajaan Siam langsung tidak adil dalam penyempadan ini bahawa mereka kehilangan beberapa negeri setelah proses tersebut dilakukan, ianya sememangnya tidak adil melebih lebihkan mereka walhal wilayah yang diambil mereka adalah sangat luas.




You Might Also Like

0 Komen