Johnny English Strikes Again : Rowan tidak "mengancang" di filem sendiri

11:00:00

Mungkin ramai sudah yang menonton tayangan perdana sequel Johnny English
yang terbaru dibintangi bintang kelakar Britain, Sir Rowan Atkinson yang diberitakan
baru baru ini meninggal dunia tetapi sebenarnya hanyalah berita palsu.

Hasil carian imej untuk johnny english
Trust me on this one, never ever trust this poster.



Mesti ramai yang tertanya tanya, betul ke tak best?
Sebelum apa apa komen yang lain muncul dalam post ni, meh lah baca sedikit tentang sekuel movie ni.
Pengarah : David Kerr
Pelakon : Rowan Atkinson (Johnny English), Olga Kurlyenko (Ophelia Bhutelova), Ben Miller (Angus Bough / Jeremy )
Genre : Komedy / Thrill / Action
Tarikh Mula Tayang : 13.09.2018 (Khamis)



Johnny English 3

Kalau yang masih belum tengok trailer, boleh tekan link dekat atas,

Plot cerita bermula apabila MI7, tempat di mana Encik J.English berkerja sebelum nya. Beliau bersara selepas ditamatkan perkhidmatan oleh MI7 dan selepas itu membuatkan Encik J telah bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah. Seperti yang kelihatan di dalam trailer, Encik J walaubagaimanpun tidak melepaskan peluang merekrut dan memberi tunjuk ajar kepada perisik perisik muda yang dipilih beliau untuk membina satu pasukan yang baru.

Kurang nya fokus terhadap aksi kanak-kanak cilik ini;mungkin dalam membantu beliau beraksi kerana
walaupun di gelar seorang bekas MI7 ( ya kita semua memang meletakkan expectation tinggi dekat orang yang kita label sebagai "spy"),mengurangkan tema jenaka aksi yang cuba dipertengahkan oleh pengarah.

Ke babak seterusnya , MI7, digodam data nya oleh seorang yang dikenali ramai termasuk menjadi viral di mata PM Britain (dalam cerita ni perempuan jugak) dalam masa yang sama mahukan data peribadi sebagai balasan kepada pemberian pertolongan. Watak Jason Dakolta sememangnya di dambakan membawa watak duo yang lebih bertenaga kerana dengan watak jahat tetapi berselindung dalam memberi pertolongan, ialah satu watak yang perlu dijiwai dan penggunaan teknologi nya perlu lebih canggih.



Watak Angus Bough kali ini lebih banyak jika dibandingkan dengan Johnny English yang pertama dan juga sequel yang kedua. Boleh dikatakan tanpa pertolongan seperti orang bendul yang banyak membantu bos beliau, Encik J. English mungkin cuma satu watak yang hanya digemarkan untuk di tonton kerana beliau pernah membawa watak bendul yang terdahulu (Encik Kacang). 




Seperti biasa, watak tambahan yang banyak membantu ialah si seksi, Ophilia. Lompong. Kurang aksi, mungkin hanya sekadar watak selitan bagi membantu pengisian jalan cerita. Kurang jelas, selain dari sekadar berpura pura menjadi perisik bagi kerajaan negara nya, mungkin watak Ophilia lebih layak di bawa Fat Amy.


Namun, pengisian jenaka di dalam cerita ini masih mampu membuatkan penonton bergelak ketawa dengan aksi bersahaja yang disajikan di dalam cerita ini. 

Hasil carian imej untuk johnny english strikes again
Ha, sekodeng lettew


Hasil carian imej untuk johnny english strikes again
Eh ah, eh ah, eh ah. Tak sangka pulak Encik J boleh menari lagu Mas Idayu.

Secara keseluruhan. sequel ini pada saya hanya membawa 2.8 dari 5 bintang secara keseluruhan. 

You Might Also Like

0 Komen